Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 8

Pindaan seksyen 29

Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Apabila menerima notis bertulis di bawah subseksyen (2), penyedia latihan kemahiran itu boleh membuat representasi bertulis kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu, menyatakan sebab mengapa sijil pentauliahan berkenaan dengan program bertauliah itu tidak patut digantung atau dibatalkan.

Undang-Undang Malaysia 8

(4)

Selepas habis tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau selepas menimbangkan apa-apa representasi bertulis yang dibuat, Ketua Pengarah boleh—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepada penyedia latihan kemahiran supaya penyedia latihan kemahiran itu membetulkan, sehingga memuaskan hati

Ketua Pengarah, perkara yang berkenaan dengannya cadangan penggantungan atau pembatalan itu berkait;

atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan itu.

(5)

Jika penyedia latihan kemahiran gagal untuk membetulkan perkara sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Ketua Pengarah boleh meneruskan untuk menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan itu.

(6)

Suatu notis bertulis mengenai keputusan Ketua Pengarah untuk menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan itu hendaklah disampaikan kepada penyedia latihan kemahiran jika tindakan penggantungan atau pembatalan dikenakan di bawah perenggan (4)(b) atau subseksyen (5).

(7)

Penggantungan atau pembatalan sijil pentauliahan di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam notis bertulis yang disampaikan di bawah subseksyen (6).”.

Penggantian seksyen 34