Malaysia legislation
Section 14
of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026
Seksyen 14
Seksyen 26k Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Perbadanan boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun melalui peraturan-peraturan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Pindaan)
9
yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang dengan semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Perbadanan suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh
Perbadanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(1b)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
(1c)
Semua jumlah wang yang diterima oleh
Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan
Wang Disatukan Persekutuan.”.
Pindaan seksyen 29