Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026

Seksyen 16

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29

seksyen yang berikut:

“Perisytiharan palsu.

Quoted provision

Seksyen 29a

Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan mengenai apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan.

Quoted provision

Seksyen 29b

(2)

Perbadanan boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.”.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(Pindaan)

11

Pindaan seksyen 34