Malaysia legislation
Section 5
of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026
Seksyen 5
Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Pengerusi atau mana-mana orang atau badan yang diwakilkan dengan apa-apa tugas dan kuasa di bawah subseksyen (1) dan (2) adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Perbadanan dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Perbadanan.
(4)
Apa-apa tugas dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Perbadanan.
(5)
Perwakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Perbadanan sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana tugas dan kuasa yang diwakilkan.”.
Pindaan seksyen 8