Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Rukun Tetangga 2012 [Akta 751], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “orang yang mempunyai kepentingan”, berhubung dengan suatu Kawasan, ertinya seseorang—
(a)
yang memiliki atau mempunyai apa-apa jenis harta, sama ada harta kediaman, perdagangan, perindustrian atau pertanian atau selainnya di dalam Kawasan itu;
Undang-Undang Malaysia
Akta A1789
AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1789
(b)
yang menjalankan perniagaan di dalam Kawasan itu, atau yang diambil kerja atau mempunyai tempat pekerjaan di dalam Kawasan itu;
(c)
yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana organisasi, persatuan, institusi atau badan yang ditubuhkan di dalam Kawasan itu atau yang beroperasi atau menjalankan aktiviti di dalam Kawasan itu; atau
(d)
yang mempunyai pertalian keluarga dengan mana-mana pemastautin di dalam Kawasan itu.’.
Pindaan seksyen 3