Malaysia legislation

Section 4

of AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026

Seksyen 4

Pindaan seksyen 7

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “apa-apa bilangan orang” dengan perkataan “apa-apa bilangan anggota”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “, orang yang mempunyai kepentingan dalam Kawasan itu dan orang lain, sebagaimana yang diluluskan oleh

Pengarah” dengan perkataan “atau orang yang mempunyai kepentingan di dalam Kawasan itu”;

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Seseorang”

dengan perkataan “Seseorang pemastautin atau orang yang mempunyai kepentingan”;

Rukun Tetangga (Pindaan)

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga” perkataan “di bawah subseksyen (1)”; dan

(iii)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan

“atau pemastautin tetap”;

(c)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua tahun”

dengan perkataan “tiga tahun di dalam Kawasan yang sama”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “tiga penggal berturut-turut melainkan dengan kelulusan

Ketua Pengarah” dengan perkataan “dua penggal berturut-turut”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Walau apa pun subseksyen (4), seseorang yang terhenti daripada menjadi anggota Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga apabila habis tempoh pelantikannya bagi dua penggal berturut-turut di bawah subseksyen (4) boleh, dengan kelulusan Ketua Pengarah, dilantik semula bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi satu penggal sebaik selepas habis tempoh pelantikan semulanya.”.

Penggantian seksyen 9

Section 4 — AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026 | mylaw.my