Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“berita tidak benar” termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 803
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;
“penerbitan” termasuklah—
(a)
apa-apa penerbitan bertulis atau penerbitan yang sifatnya serupa dengan apa-apa penerbitan bertulis, dan tiap-tiap salinan dan penghasilan semula atau penghasilan semula substansial penerbitan itu; dan
(b)
apa-apa penerbitan yang dihasilkan secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal, dan replikasi atau replikasi substansial penerbitan itu.
Pemakaian luar wilayah