Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang disentuh oleh pelakuan kesalahan itu mengikut cara yang ditentukan oleh
Mahkamah.
(3)
Ketidakpatuhan terhadap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) bolehlah dihukum sebagai penghinaan mahkamah.
MISALAN
(a)
A menawarkan maklumat palsu kepada B, agar B menerbitkan maklumat itu dalam blog B. B, tanpa mengetahui bahawa maklumat yang ditawarkan oleh A adalah palsu, menerbitkan maklumat itu dalam blognya. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
B tidak bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
(b)
A mengada-adakan suatu maklumat dengan menyatakan dalam artikel yang diterbitkan dalam blognya bahawa Z, seorang usahawan terkenal telah mendapat kontrak perniagaan dengan menawarkan rasuah.
A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
(c)
A mengada-adakan suatu maklumat dengan menyatakan dalam artikel yang diterbitkan dalam blognya bahawa Z, seorang usahawan terkenal telah mendapat kontrak perniagaan dengan menawarkan rasuah. B, tahu bahawa maklumat itu telah diada-adakan berkongsi artikel itu dalam akaun media sosialnya. Kedua-dua A dan B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
(d)
A menerbitkan suatu iklan yang mengandungi karikatur Z yang menampilkan Z sebagai pelabur berjaya dalam suatu skim pelaburan dengan mengetahui bahawa Z tidak terlibat dalam skim pelaburan itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
(e)
A menerbitkan suatu pernyataan dalam akaun media sosialnya bahawa produk makanan syarikat Z mengandungi ramuan berbahaya dan dijual kepada orang awam dengan mengetahui bahawa pengeluaran produk makanan itu telah diberhentikan beberapa tahun dahulu dan produk makanan itu tidak lagi dijual kepada orang awam. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 803
(f)
A mengadakan suatu laman sesawang yang meniru laman sesawang suatu agensi Kerajaan. Dalam laman sesawang itu, A menerbitkan garis panduan yang berupa dikeluarkan oleh ketua agensi Kerajaan itu yang menghendaki orang awam memohon lesen untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Tiada garis panduan sedemikian dikeluarkan oleh agensi Kerajaan itu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
(g)
A memberikan ucapan dalam suatu forum umum yang diadakan di suatu tempat awam. Dalam ucapannya, A memaklumkan bahawa Z telah menyalahgunakan wang yang dikutip untuk tujuan amal dengan mengetahui bahawa maklumat itu palsu. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
(h)
A mengadakan suatu sidang akhbar dengan mendakwa bahawa Z, seorang pemilik pasar raya, akan memberikan hadiah percuma kepada satu ratus pelanggan pertama pasar rayanya pada tiap-tiap hari Sabtu pertama setiap bulan dengan mengetahui bahawa Z tidak berhasrat berbuat seperti yang didakwa oleh A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
Menyediakan bantuan kewangan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah seksyen 4