Malaysia legislation

Section 7

of AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018

Seksyen 7

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan laporan polis dan dokumen lain yang menyokong permohonan itu.

(3)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (2)

dan selepas menimbangkan permohonan itu atau apa-apa keterangan lain, jika Mahkamah berpuas hati bahawa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu sepatutnya dihapuskan,

Mahkamah boleh membuat suatu perintah dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual Kedua bagi penghapusan penerbitan itu.

(4)

Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

orang yang dikehendaki untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu;

(b)

cara bagi penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 803

(c)

masa yang dalamnya penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu hendaklah dihapuskan selepas penyampaian perintah itu; dan

(d)

apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(5)

Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat jika perintah itu disampaikan melalui penyampaian ke diri, dihantar melalui pos ke alamat terakhir yang diketahui orang itu, atau disampaikan dengan cara elektronik kepada orang itu.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Huraian—Penyampaian sesuatu perintah di bawah seksyen ini dengan cara elektronik kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat boleh dilakukan, antara lain, dengan menghantar perintah itu ke alamat e-mel atau ke akaun media sosialnya.

Pengetepian perintah bagi penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar

Section 7 — ANTI-FAKE NEWS ACT 2018 | mylaw.my