Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan laporan polis dan dokumen lain yang menyokong permohonan itu.
(3)
Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (2)
dan selepas menimbangkan permohonan itu atau apa-apa keterangan lain, jika Mahkamah berpuas hati bahawa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu sepatutnya dihapuskan,
Mahkamah boleh membuat suatu perintah dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual Kedua yang menghendaki pegawai polis atau pegawai diberi kuasa di bawah Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menguatkuasakan perintah itu.