Malaysia legislation
Section 28c
of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN) 2014
Seksyen 28c
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kecualian kepada kehendak untuk membuat perisytiharan 28d. (1) Seksyen 28b tidak terpakai jika—
(a)
orang itu adalah suatu pembawa penumpang secara komersil; dan
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1467
(b)
wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa itu adalah dalam milikan penumpang pembawa penumpang secara komersil itu.
(2)
Seksyen 28c tidak terpakai jika—
(a)
orang itu adalah suatu pembawa barang secara komersil;
(b)
wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa itu dibawa bagi pihak seseorang yang lain;
(c)
orang yang lain itu tidak menzahirkan kepada pembawa barang secara komersil itu bahawa barang yang dibawa bagi pihaknya termasuk wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa; dan
(d)
pembawa barang secara komersil itu tidak tahu dan tidak mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa barang yang dibawa bagi pihak orang yang lain itu termasuk wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa.
(3)
Beban untuk membuktikan perkara yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2) terletak pada orang yang ingin bergantung pada subseksyen itu.
Perisytiharan mengenai penerimaan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa dari luar Malaysia 28e. (1) Mana-mana orang yang menerima wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya yang dipindahkan kepada orang itu dari luar Malaysia yang melebihi nilai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, hendaklah mengisytiharkan amaun itu kepada pihak berkuasa berwibawa dan mengemukakan apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berwibawa.
(2)
Suatu perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa lima hari perniagaan dari hari wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya itu diterima.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (Pindaan)
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perisytiharan kepada pihak berkuasa berwibawa 28f. (1) Suatu perisytiharan kepada pihak berkuasa berwibawa di bawah Bahagian ini hendaklah—
(a)
dibuat dalam borang yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa; dan
(b)
mengandungi maklumat yang lengkap dan tepat yang berhubungan dengan perkara yang diisytiharkan sebagaimana yang dinyatakan dalam borang itu.
(2)
Suatu perisytiharan di bawah Bahagian ini, kecuali di bawah seksyen 28e, hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa berwibawa melalui pegawai diberi kuasa.
(3)
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mengadakan bagi pihak berkuasa berwibawa, apabila diminta oleh pihak berkuasa berwibawa, dalam masa yang munasabah—
(a)
mana-mana perisytiharan yang dikemukakan kepada pegawai diberi kuasa; atau
(b)
apa-apa maklumat mengenai pemindahan rentas sempadan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang mencurigakan.
(4)
Mana-mana orang yang membuat perisytiharan yang palsu, tidak tepat atau tidak lengkap melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penstrukturan untuk mengelak perisytiharan di bawah
Bahagian ini 28g. (1) Tiada seorang pun boleh menstrukturkan, atau mengarahkan, membantu atau menyertai penstrukturan mana-mana pengangkutan atau pemindahan rentas sempadan wang
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1467
tunai atau instrumen boleh niaga pembawa untuk mengelak daripada membuat perisytiharan di bawah Bahagian ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih daripada lima kali ganda jumlah atau nilai agregat amaun wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa pada masa kesalahan itu dilakukan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Kuasa menyoal dan menggeledah berhubung dengan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa 28h. (1) Mana-mana orang yang meninggalkan atau memasuki
Malaysia hendaklah jika dikehendaki untuk berbuat sedemikian oleh pegawai diberi kuasa melakukan semua atau mana-mana daripada yang berikut:
(a)
mengisytiharkan sama ada atau tidak orang itu mempunyai dengannya apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa;
(b)
mengisytiharkan jumlah nilai apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang orang itu mempunyai dengannya;
(c)
mengisytiharkan sama ada atau tidak suatu perisytiharan di bawah seksyen 28b telah dibuat berkenaan dengan apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang orang itu mempunyai dengannya;
(d)
mengemukakan kepada pegawai diberi kuasa apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang orang itu mempunyai dengannya;
(e)
menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan oleh pegawai diberi kuasa berkenaan dengan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa itu.
(2)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dengan bantuan yang munasabah dan perlu—
(a)
memeriksa seseorang atau memeriksa mana-mana barang, bagasi atau harta yang orang itu mempunyai dengannya bagi maksud mendapat tahu sama ada
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (Pindaan)
29
seseorang mempunyai dengannya apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang berkenaan dengannya suatu perisytiharan di bawah seksyen 28b dikehendaki untuk dibuat;
(b)
memasuki mana-mana premis dan memeriksa atau menggeledah premis itu bagi maksud menentukan sama ada terdapat di atau dalam premis itu apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang berkenaan dengannya suatu perisytiharan di bawah seksyen 28b atau 28c dikehendaki untuk dibuat;
(c)
menaiki mana-mana kenderaan dan memeriksa atau menggeledah kenderaan itu bagi maksud menentukan sama ada terdapat atas kenderaan itu apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang berkenaan dengannya suatu perisytiharan di bawah seksyen 28b atau 28c dikehendaki untuk dibuat;
(d)
membuka, memeriksa atau menggeledah mana-mana barang, bekas, bungkusan, wadah atau apa-apa benda yang dijumpai di atau dalam premis itu atau di atas kenderaan itu bagi maksud menentukan sama ada atau tidak terdapat apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang berkenaan dengannya suatu perisytiharan di bawah seksyen 28b atau 28c dikehendaki untuk dibuat;
(e)
menahan apa-apa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda lain yang dijumpai dalam menjalankan pemeriksaan atau penggeledahan di bawah perenggan (a), (b), (c) atau (d) jika pegawai diberi kuasa mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda lain itu boleh dijadikan keterangan yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini; atau
(f)
mengambil milikan, dan mengalihkan dari premis atau kenderaan itu, apa-apa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda lain yang ditahan sedemikian.
(3)
Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah Bahagian ini kecuali oleh seorang pegawai diberi kuasa yang sama
Undang-Undang Malaysia 30
Akta A1467
jantinanya dengan orang yang diperiksa itu dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.
(4)
Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (1), atau menurut mana-mana kehendak sedemikian dengan pengetahuan atau dengan melulu membuat suatu perisytiharan atau memberi suatu jawapan yang palsu mengenai butiran yang material, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
(5)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana permintaan sah mana-mana pegawai diberi kuasa pada menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
Kuasa penangkapan tanpa waran 28i. Seseorang pegawai diberi kuasa yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau sedang mencuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 28b atau 28c.
Pengemukaan maklumat kepada pihak berkuasa berwibawa 28j. Walau apa pun Akta Bank Negara Malaysia 2009,
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013, Bank boleh mengemukakan kepada
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (Pindaan)
31
pihak berkuasa berwibawa maklumat yang diterima di bawah seksyen 214 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 225 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Perisytiharan di bawah Bahagian ini disifatkan sebagai perisytiharan dalam perkara yang berhubungan dengan kastam 28k. Apa-apa perisytiharan yang dikehendaki dibuat di bawah
Bahagian ini, kecuali di bawah seksyen 28e, hendaklah bagi maksud Akta Kastam 1967 disifatkan sebagai suatu perisytiharan dalam suatu perkara yang berhubungan dengan kastam.
Pelucuthakan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang ditahan 28l. (1) Tertakluk kepada seksyen 61, dalam apa-apa pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda lain yang dibuktikan menjadi hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu yang didapatinya wajar walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(2)
Tertakluk kepada seksyen 61, jika berkenaan dengan apa-apa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda yang digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan yang disita di bawah Bahagian ini tiada pendakwaan atau sabitan bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini,
Pendakwa Raya hendaklah, sebelum tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penyitaan itu, memohon kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika dia berpuas hati bahawa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda itu adalah hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu.
(3)
Hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda lain yang digunakan dalam pelakuan
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1467
sesuatu kesalahan jika dia berpuas hati bahawa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda itu adalah hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Bahagian ini.”.
Pindaan seksyen 29