Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Seksyen 49 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan” dengan perkataan “subseksyen 4(1) atau 4a(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai penyiasat untuk mengesyaki bahawa mana-mana orang yang kepadanya notis dihantar oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) mempunyai, memiliki, mengawal atau memegang apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta yang berlebih-lebihan, setelah diambil kira emolumen atau pendapatannya yang sekarang dan lalu dan segala hal keadaan lain yang berkaitan, Pendakwa Raya boleh melalui arahan bertulis menghendaki orang itu untuk memberikan suatu pernyataan dengan bersumpah atau berikrar yang menjelaskan bagaimana dia mampu mempunyai, memiliki, mengawal atau memegang lebihan itu.
(3b)
Mana-mana orang yang tidak memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mampu mempunyai, memiliki, mengawal atau memegang apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta yang berlebih-lebihan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”; dan
(c)
dalam subseksyen (4) dan (5), dengan memasukkan selepas perkataan “notis” di mana-mana jua terdapat perkataan
“atau arahan”.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1761
Pindaan seksyen 50