Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Pindaan seksyen 78
(a)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Jika pegawai yang melaksanakan mana-mana notis atau perintah di bawah subseksyen (2)
berpuas hati, bagi sebab yang direkodkannya secara bertulis, bahawa notis atau perintah itu tidak dapat
Undang-Undang Malaysia 42
Akta A1761
disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan dalam perenggan (2)(a), (b) atau (c), notis atau perintah itu hendaklah disampaikan dengan menampalkan notis atau perintah itu pada sesuatu tempat yang mudah dilihat di harta tak alih itu, jika ada, yang berhubung dengannya notis atau perintah itu dikeluarkan atau dibuat, atau pada sesuatu bahagian yang mudah dilihat di premis yang di dalamnya orang yang baginya notis atau perintah itu ditujukan diketahui terakhir bermastautin, terakhir digaji atau terakhir menjalankan perniagaan.”; dan
(b)
dalam subseksyen (4), dengan memotong perkataan
“, dan dengan menyiarkan notis atau perintah itu dalam satu akhbar yang diedarkan di kawasan di mana tempat perniagaan yang terakhir diketahui itu terletak”.
Penggantian seksyen 83