Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pindaan seksyen 3
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “agensi penguat kuasa”
takrif yang berikut:
‘ “agensi penyelarasan” ertinya mana-mana agensi yang mempunyai fungsi penyelarasan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan kesalahan berat di bawah Akta ini;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “aktiviti haram”
takrif yang berikut:
‘ “aktiviti terhad” mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 2 Akta Perdagangan Strategik 2010
[Akta 708];’;
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada
Aktiviti Haram (Pindaan)
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “harta” takrif yang berikut:
‘ “harta pencambah” ertinya—
(a)
hasil daripada pelakuan mana-mana aktiviti terhad;
(b)
harta yang telah digunakan, sedang digunakan, atau yang berkemungkinan akan digunakan oleh pencambah untuk melakukan mana-mana aktiviti terhad;
(c)
harta yang dimiliki atau yang dikawal oleh atau bagi pihak pencambah untuk melakukan mana-mana aktiviti terhad, termasuk dana yang diperoleh atau dihasilkan daripada harta itu;
atau
(d)
harta yang telah dikumpul bagi maksud memberikan sokongan kepada pencambah atau memberikan dana bagi mana-mana aktiviti terhad;’;
(d)
dalam takrif “institusi kewangan”, dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “bank pelaburan”
dengan perkataan “bank pelaburan berlesen”;
(e)
dalam takrif “kesalahan berat”—
(i)
dengan memasukkan selepas perenggan (a)
perenggan yang berikut:
“(aa) mana-mana kesalahan di bawah undang-undang persekutuan yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan itu ialah pemenjaraan bagi tempoh satu tahun atau lebih;”; dan
(ii)
dalam perenggan (b) dan (c), dengan menggantikan perkataan “mana-mana kesalahan itu”
dengan perkataan “mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) atau (aa)”;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1761
(f)
dengan memasukkan selepas takrif “kesalahan berat asing”
takrif yang berikut:
‘ “kesalahan membiayai aktiviti terhad” ertinya suatu kesalahan di bawah seksyen 66h;’;
(g)
dengan memasukkan selepas takrif “pelanggan”
takrif yang berikut:
‘ “pencambah” ertinya mana-mana orang yang—
(a)
melakukan atau mencuba untuk melakukan mana-mana aktiviti terhad;
(b)
menyertai atau memudahkan pelakuan mana-mana aktiviti terhad; atau
(c)
ditetapkan sebagai pengguna akhir terlarang di bawah subseksyen 8(2) Akta Perdagangan
Strategik 2010;’;
(h)
dengan memasukkan selepas takrif “pihak berkuasa berwibawa” takrif yang berikut:
‘ “pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan”
ertinya orang yang dilantik di bawah subseksyen 7a(1);’;
dan
(i)
dengan menggantikan takrif “transaksi” dengan takrif yang berikut:
‘ “transaksi” termasuklah—
(a)
suatu perkiraan untuk membuka suatu akaun yang melibatkan dua orang atau lebih dan apa-apa transaksi yang berkaitan dengan akaun itu; atau
(b)
penghantaran, pemindahan atau pertukaran, yang melibatkan dana atau mata wang oleh mana-mana orang;’.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada
Aktiviti Haram (Pindaan)
7
Pindaan seksyen 4