Malaysia legislation
Section 14A
Seksyen 14A
(2)
Mana-mana orang yang kepadanya penzahiran mengenai apa-apa pengetahuan, syak atau maklumat telah dibuat dengan melanggar subseksyen (1) yang membuat rekod mengenai pengetahuan, syak atau maklumat itu, atau yang selanjutnya menzahirkan pengetahuan, syak atau maklumat itu kepada mana-
*CATATAN—Lihat Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil daripada Aktiviti Haram (Penggunaan Bahagian IV) (No. 2) 2014 [P.U. (A) 324/2014].
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
mana orang lain dalam apa-apa hal keadaan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(3)
Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai bagi penzahiran maklumat oleh seseorang jika penzahiran itu dibuat—
(a)
dalam perjalanan bertindak berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya atau penjalanan fungsinya di bawah Akta ini;
(b)
bagi maksud memaklumkan mengenai risiko yang terlibat dalam berurusan dengan pelanggan tertentu, kepada suatu perbadanan berkaitan institusi pelapor yang perbadanan berkaitan itu diperbadankan di Malaysia dan terlibat dalam perkhidmatan kewangan di Malaysia;
(c)
dalam perjalanan bertindak berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor, kepada pihak berkuasa pengawasan institusi pelapor itu; atau
(d)
dengan kebenaran bertulis pihak berkuasa berwibawa.
(4)
Bagi maksud subseksyen (3), “berkaitan” berhubungan dengan sesuatu perbadanan ertinya berkaitan mengikut erti seksyen 6
*Akta Syarikat 1965.
Pemusatan maklumat