Malaysia legislation
Section 28F
Seksyen 28F
(a)
dibuat dalam borang yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa; dan
(b)
mengandungi maklumat yang lengkap dan tepat yang berhubungan dengan perkara yang diisytiharkan sebagaimana yang dinyatakan dalam borang itu.
(2)
Suatu perisytiharan di bawah Bahagian ini, kecuali di bawah seksyen 28E, hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa berwibawa melalui pegawai diberi kuasa.
(3)
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mengadakan bagi pihak berkuasa berwibawa, apabila diminta oleh pihak berkuasa berwibawa, dalam masa yang munasabah—
(a)
mana-mana perisytiharan yang dikemukakan kepada pegawai diberi kuasa; atau
(b)
apa-apa maklumat mengenai pemindahan rentas sempadan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang mencurigakan.
(4)
Mana-mana orang yang membuat perisytiharan yang palsu, tidak tepat atau tidak lengkap melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penstrukturan untuk mengelak perisytiharan di bawah Bahagian ini