Malaysia legislation

Section 28H

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 28H

(a)

mengisytiharkan sama ada atau tidak orang itu mempunyai dengannya apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa;

(b)

mengisytiharkan jumlah nilai apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang orang itu mempunyai dengannya;

(c)

mengisytiharkan sama ada atau tidak suatu perisytiharan di bawah seksyen 28B telah dibuat berkenaan dengan apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang orang itu mempunyai dengannya;

(d)

mengemukakan kepada pegawai diberi kuasa apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang orang itu mempunyai dengannya;

(e)

menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan oleh pegawai diberi kuasa berkenaan dengan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa itu.

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dengan bantuan yang munasabah dan perlu—

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(a)

memeriksa seseorang atau memeriksa mana-mana barang, bagasi atau harta yang orang itu mempunyai dengannya bagi maksud mendapat tahu sama ada seseorang mempunyai dengannya apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang berkenaan dengannya suatu perisytiharan di bawah seksyen 28B dikehendaki untuk dibuat;

(b)

memasuki mana-mana premis dan memeriksa atau menggeledah premis itu bagi maksud menentukan sama ada terdapat di atau di dalam premis itu apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang berkenaan dengannya suatu perisytiharan di bawah seksyen 28B atau 28C dikehendaki untuk dibuat;

(c)

menaiki mana-mana kenderaan dan memeriksa atau menggeledah kenderaan itu bagi maksud menentukan sama ada terdapat di dalam kenderaan itu apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang berkenaan dengannya suatu perisytiharan di bawah seksyen 28B atau 28C dikehendaki untuk dibuat;

(d)

membuka, memeriksa atau menggeledah mana-mana barang, bekas, bungkusan, wadah atau apa-apa benda yang dijumpai di atau di dalam premis itu atau di atas kenderaan itu bagi maksud menentukan sama ada atau tidak terdapat apa-apa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang berkenaan dengannya suatu perisytiharan di bawah seksyen 28B atau 28C dikehendaki untuk dibuat;

(e)

menahan apa-apa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda lain yang dijumpai dalam menjalankan pemeriksaan atau penggeledahan di bawah perenggan (a), (b), (c) atau (d) jika pegawai diberi kuasa mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda lain itu boleh dijadikan keterangan yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini; atau

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

57

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(f)

mengambil milikan, dan mengalihkan dari premis atau kenderaan itu, apa-apa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda lain yang ditahan sedemikian.

(3)

Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah Bahagian ini kecuali oleh seorang pegawai diberi kuasa yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa itu dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.

(4)

Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (1), atau menurut mana-mana kehendak sedemikian dengan pengetahuan atau dengan melulu membuat suatu perisytiharan atau memberi suatu jawapan yang palsu mengenai butiran yang material, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana permintaan sah mana-mana pegawai diberi kuasa pada menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

Kuasa penangkapan tanpa waran

Section 28H — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001