Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 39

Pelepasan harta, dokumen atau maklumat yang ditahan

(a)

pada akhir sesuatu penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripada penyiasatan itu; atau

(b)

dengan keizinan bertulis terdahulu daripada pihak berkuasa berkaitan atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mana-mana pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum sesuatu penyiasatan tamat, melepaskan apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang ditahan atau dipindahkan olehnya atau mana-mana pegawai penyiasat lain, kepada mana-mana orang yang ditentukan olehnya berhak di sisi undang-undang terhadap harta, dokumen atau maklumat itu jika dia berpuas hati bahawa harta, dokumen atau maklumat itu tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2)

Pegawai penyiasat yang melaksanakan pelepasan di bawah subseksyen (1) hendaklah merekodkan secara bertulis hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.

(3)

Jika seseorang pegawai penyiasat tidak dapat menentukan orang yang di sisi undang-undang berhak kepada harta, dokumen atau maklumat itu atau jika terdapat lebih daripada seorang yang menuntut harta, dokumen atau maklumat itu, atau jika pegawai penyiasat itu tidak dapat mengesan orang di bawah subseksyen (1) yang berhak di

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

sisi undang-undang kepada harta, dokumen atau maklumat itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada seorang majistret yang hendaklah kemudiannya menguruskan harta, dokumen atau maklumat itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 413(2), (3) dan (4) dan seksyen 414, 415 dan 416 Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593].

Pernyataan boleh diterima

Section 39 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001