Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 53

Larangan berurusan dengan harta di luar Malaysia

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, dan harta itu dipegang atau didepositkan di luar Malaysia, dia boleh membuat suatu permohonan yang disokong oleh afidavit kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah yang melarang orang yang memegang harta itu atau yang dengannya harta itu didepositkan membuat urusan tentang harta itu.

96 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(2)

Apabila berpuas hati bahawa harta itu ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan,

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah yang melarang orang yang memegang harta itu atau yang dengannya harta itu didepositkan membuat urusan tentang harta itu.

(3)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas habis tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah itu dibuat jika orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Membuat urusan tentang harta selepas penyitaan adalah tidak sah

Section 53 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001