Malaysia legislation

Section 59

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 59

(a)

pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan.

(2)

Mahkamah boleh, jika didapatinya wajar, menaksir nilai faedah yang diperoleh sedemikian dan mengarahkan orang itu membayar kepada Kerajaan Persekutuan suatu penalti kewangan yang bersamaan dengan amaun itu.

104 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(3)

Jika suatu perintah pelucuthakan telah dibuat di bawah seksyen 55 atau 56 terhadap mana-mana harta yang merupakan—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, penalti kewangan yang kena dibayar di bawah subseksyen (2)

hendaklah dikurangkan sebanyak suatu amaun yang bersamaan dengan nilai harta itu pada masa perintah itu dibuat di bawah subseksyen (2) dan apa-apa penalti sedemikian hendaklah didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan

Malaysia dan tidak tertakluk pada apa-apa tempoh had masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

(4)

Dalam menentukan sama ada faedah itu diperoleh berbangkit daripada—

(a)

pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

105

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

Pelepasan harta yang disita

Section 59 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001