Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang hendaklah dianggap seolah-olah dia telah melarikan diri berkaitan dengan suatu kesalahan berat jika, sebelum atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa—
(a)
penyiasatan bagi suatu kesalahan berat telah dimulakan terhadap orang itu; dan
(b)
orang itu—
108 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(i)
mati sebelum prosiding berkenaan dengan kesalahan itu dimulakan, atau jika prosiding itu telah dimulakan, orang itu mati sebelum dia disabitkan atas kesalahan itu;
(ii)
tidak dapat dijumpai atau ditangkap oleh agensi penguat kuasa selepas usaha yang munasabah untuk berbuat demikian pada akhir tempoh enam bulan dari tarikh penyiasatan yang disebut dalam perenggan (a) dimulakan;
(iii)
mengelak sesuatu agensi penguat kuasa;
(iv)
telah dipertuduh dengan suatu kesalahan berat dan suatu waran tangkap tidak dapat dilaksanakan selepas usaha yang munasabah untuk berbuat demikian pada akhir tempoh enam bulan dari tarikh pengeluaran waran tangkap itu; atau
(v)
telah dipertuduh dengan suatu kesalahan berat dan tidak dapat diekstradisikan oleh agensi penguat kuasa selepas usaha yang munasabah untuk berbuat demikian pada akhir tempoh enam bulan dari tarikh pengeluaran waran tangkap itu.
Perintah pelucuthakan jika seseorang melarikan diri