Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
(2)
Jika kuasa yang diberikan oleh Akta ini untuk membuat suatu perintah akan dijalankan berhubung dengan seseorang defendan yang sudah mati, perintah itu hendaklah dibuat terhadap pusaka defendan yang sudah mati itu.
(3)
Dalam seksyen ini, “defendan yang sudah mati” ertinya seseorang yang mati—
(a)
selepas suatu penyiasatan tentang suatu kesalahan berat telah dimulakan terhadapnya; dan
(b)
sebelum prosiding berkenaan dengan kesalahan itu telah dimulakan, atau jika prosiding itu telah dimulakan sebelum dia disabitkan atas kesalahan itu.
(4)
Dalam seksyen ini, sesuatu sebutan tentang harta atau kepentingan mengenai harta hendaklah termasuk sebutan tentang pendapatan yang terakru daripada harta atau kepentingan itu.
Penyampaian dokumen kepada orang yang melarikan diri