Malaysia legislation

Section 73

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 73

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini—

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

125

(a)

apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini; dan

(b)

apa-apa dokumen, atau salinan apa-apa dokumen, yang disita daripada mana-mana orang oleh seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini di hadapan mana-mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu sudah mati, atau tidak dapat dikesan atau ditemui, atau sudah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah.

Kebolehterimaan terjemahan dokumen

Section 73 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001