Malaysia legislation
Section 84
Seksyen 84
Peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
(a)
bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki supaya atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini;
(b)
bagi memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu hendaklah menjadi suatu kesalahan;
(c)
bagi mengadakan peruntukan tentang pengenaan penalti bagi kesalahan itu yang tidak boleh melebihi denda sebanyak tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
(d)
bagi mengadakan peruntukan tentang pengenaan penalti tambahan bagi kesalahan yang berterusan yang tidak boleh melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
Pindaan Jadual