Malaysia legislation

Section 89

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 89

Seseorang, dengan niat untuk memperdaya, berkenaan dengan sesuatu dokumen yang akan dikemukakan atau diserahkan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, yang membuat atau menyebabkan supaya dibuat suatu catatan palsu, meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan supaya ditinggalkan, apa-apa catatan, atau mengubah, membuat cabutan, menyembunyikan atau memusnahkan,

138 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

atau menyebabkan supaya diubah, dibuat cabutan, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, memalsukan sesuatu dokumen, atau menggunakan atau memegang dalam milikannya suatu dokumen palsu, yang berupa sebagai suatu dokumen yang sah, mengubah apa-apa catatan yang telah dibuat dalam apa-apa dokumen atau mengeluarkan atau menggunakan suatu dokumen yang palsu atau tidak betul, secara keseluruhan atau sebahagiannya, atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga juta ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

Section 89 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001