Malaysia legislation

Section 23

of AKTA ARKITEK (PINDAAN) 2015

Seksyen 23

Pemotongan seksyen 22

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (4), jika pada 1 Jun 2015—

(a)

seorang Pelukis Pelan Bangunan telah berdaftar di bawah Akta ibu tetapi belum dikeluarkan perakuan pendaftaran, subseksyen 22(3) Akta ibu hendaklah terpakai baginya;

(b)

seorang Pelukis Pelan Bangunan telah berdaftar dan dikeluarkan suatu perakuan pendaftaran di bawah Akta ibu, dia hendaklah terus menjalankan amalan sehingga habis tempoh perakuan pendaftarannya yang atas permohonan boleh diperbaharui secara tahunan bagi tempoh satu tahun setelah membayar fi yang ditetapkan dan setelah memenuhi apa-apa syarat yang ditentukan oleh Lembaga;

dan

(c)

terdapat apa-apa permohonan yang belum selesai bagi pendaftaran Pelukis Pelan Bangunan, permohonan itu hendaklah diuruskan di bawah seksyen 22 Akta ibu.

(3)

Jika tiada keputusan berhubung dengan permohonan oleh mana-mana orang bagi pendaftaran Pelukis Pelan Bangunan di bawah perenggan (2)(c) pada atau sebelum 31 Disember 2015, orang itu hendaklah disifatkan telah berdaftar sebagai Pelukis

Pelan Bangunan.

(4)

Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), hendaklah dianggap seolah-olah seksyen 22 Akta ibu tidak dipotong.

(5)

Peruntukan Akta ibu yang terpakai bagi Pelukis Pelan

Bangunan hendaklah terpakai bagi Pelukis Pelan Bangunan yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan (b) dan subseksyen (3).

Pindaan seksyen 23