Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

Seksyen 25

(1)

Tertakluk pada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah

Bahagian ini seseorang dalam perkhidmatan penuh masa boleh, dengan membuat permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan keizinan pihak berkuasa itu, dibenarkan melakukan mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:

(a)

jika pengambilan masuknya bagi suatu tempoh yang berakhir sebelum tamatnya tempoh dua belas tahun mulai dari tarikh pengakusaksiannya atau, jika dia telah diterima masuk sebelum dia mencapai umur lapan belas tahun, tarikh dia telah mencapai umur itu, melanjutkan tempoh pengambilan masuknya supaya berakhir pada sesuatu masa, yang tidak lewat daripada tamat tempoh tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan itu, dan supaya menambah tempoh perkhidmatan penuh masanya, perkhidmatannya dalam simpanan, atau kedua-duanya sebagaimana yang dinyatakan;

(b)

jika tempoh pengambilan masuknya, atau tempoh itu sebagaimana yang dilanjutkan di bawah perenggan terdahulu yang akhir disebut, termasuk suatu tempoh perkhidmatan dalam simpanan, menambah tempoh perkhidmatan penuh masanya dengan sewajarnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan itu, supaya meliputi kesemua atau sebahagian yang tertentu daripada tempoh itu;

Akta Angkatan Tentera 39

(c)

ditukarkan kepada simpanan untuk berkhidmat bagi baki tempoh pengambilan masuknya, atau jika tempoh itu telah dilanjutkan di bawah perenggan (b), bagi baki tempoh yang dilanjutkan sedemikian;

(d)

mengurangkan tempoh pengambilan masuknya.

(2)

Sebagai balasan bagi seseorang yang dibenarkan menjalani sesuatu kursus latihan yang ditetapkan atau suatu kursus latihan daripada sesuatu kelas yang ditetapkan atau yang diberi apa-apa faedah atau kemudahan lain yang ditetapkan, orang itu boleh dikehendaki oleh pihak berkuasa yang layak supaya mengaku janji, dalam borang yang ditetapkan, untuk tidak menamatkan perkhidmatan penuh masanya sebelum tamat sesuatu tempoh yang bermula pada hari tamatnya kursus latihan itu sebagaimana yang ditetapkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum tamat sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan berhubung dengan faedah atau kemudahan lain itu.

(3)

Seseorang yang berada dalam simpanan menurut kuasa terma pengambilan masuknya atau subseksyen (1) boleh, dengan permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang layak, pada bila-bila masa memasuki semula perkhidmatan penuh masa, dan dengan itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan itu, dia boleh sama ada—

(a)

berkhidmat dalam perkhidmatan penuh masa bagi baki tempoh yang dia kena berkhidmat dalam simpanan itu jika dia tidak memasuki semula perkhidmatan penuh masa; atau

(b)

berkhidmat dalam perkhidmatan penuh masa bagi sebahagian tertentu daripada baki tempoh itu dan kemudiannya berkhidmat dalam simpanan bagi tempoh yang selebihnya daripada baki tempoh itu.

Pelanjutan perkhidmatan askar-lasykar yang diambil masuk pada atau selepas tarikh yang ditetapkan