Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

Seksyen 26

(1)

Tertakluk pada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah

Bahagian ini, mana-mana orang dalam perkhidmatan penuh masa yang telah genap tempoh perkhidmatan sembilan tahun dikira dari tarikh pengakusaksiannya atau (jika dia telah diambil masuk sebelum mencapai umur itu) tarikh dia mencapai umur lapan belas tahun, boleh, jika dia berkehendakkan sedemikian dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak, dibenarkan bertugas semula bagi suatu tempoh lanjut dalam perkhidmatan penuh masa yang semuanya akan

Akta Angkatan Tentera 41

berjumlah kepada tempoh dua puluh satu tahun perkhidmatan penuh masa yang terus-menerus.

(2)

Mana-mana orang yang akan genap tempoh dua puluh satu tahun perkhidmatan penuh masa dalam masa satu tahun boleh, jika dia berkehendakkan sedemikian dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak, terus berkhidmat bagi segala maksud seolah-olah tempoh perkhidmatan penuh masanya belum lagi tamat.

Pertugasan semula askar-lasykar yang diambil masuk pada atau selepas tarikh yang ditetapkan