Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ungkapan yang berikut hendaklah mempunyai erti yang dengan ini diberikan kepadanya masing-masing:
Akta Angkatan Tentera 17
“anggota simpanan” ertinya pegawai dan askar-lasykar yang dikehendaki supaya berkhidmat dalam Simpanan Angkatan Tetap di bawah Bahagian VIII apabila ditamatkan atau genap perkhidmatan penuh masa mereka dengan angkatan tetap;
“anggota sukarela” ertinya seseorang anggota mana-mana angkatan sukarela yang bukan seorang pegawai bertauliah dalam angkatan itu;
“angkatan sukarela” termasuklah Askar Wataniah, Simpanan
Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan Simpanan Sukarela
Tentera Udara Diraja Malaysia;
“angkatan tentera” atau “angkatan tentera Seri Paduka Baginda”
termasuklah angkatan tetap dan angkatan sukarela Malaysia dan mana-mana angkatan lain yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa sebagai angkatan tentera;
“angkatan tetap” termasuklah Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut
Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia:
Dengan syarat bahawa seseorang pegawai Simpanan Angkatan
Tetap atau seseorang pegawai yang telah bersara mengikut pengertian mana-mana undang-undang bertulis tidak dikira sebagai seorang anggota angkatan tetap kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata oleh Akta ini;
“askar-lasykar” ertinya mana-mana orang, selain seseorang pegawai, yang diambil masuk ke dalam angkatan tetap dan (tertakluk pada apa-apa penyesuaian dan ubah suaian sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau syarat perkhidmatan yang berhubungan dengan pelantikan, pinjaman atau pertugasan) mana-mana askar-lasykar tentera laut, tentera darat atau tentera udara sesuatu negara asing yang dilantik, dipinjamkan atau ditugaskan dengan sewajarnya kepada angkatan tetap;
“bahan kapal udara” termasuklah—
(a)
bahagian dan komponen atau alat tambahan kapal udara, sama ada pada masa ini berada dalam kapal udara atau tidak;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
(b)
enjin, persenjataan, peluru, bom dan apa-apa jenis misil lain di dalam, atau untuk digunakan di dalam, kapal udara;
(c)
apa-apa peralatan, radas atau perkakas lain dalam, atau untuk digunakan dalam, kapal udara;
(d)
apa-apa radas yang digunakan berkaitan dengan perlepasan atau pendaratan kapal udara atau bagi mengesan pergerakan kapal udara; dan
(e)
apa-apa bahan api atau benda lain yang digunakan bagi menggerakkan kapal udara dan apa-apa bahan yang digunakan sebagai pelincir atau penyejuk untuk kapal udara atau bahan kapal udara;
“berhadapan dengan musuh”, berhubung dengan seseorang, ertinya bahawa dia sedang bertempur dengan musuh atau hampir hendak bertempur dengan musuh atau sedang diserang oleh musuh atau diancam oleh serangan musuh yang hampir benar berlaku;
“bintang” termasuklah pingat, reben pingat, pita semat dan lencana kelakuan baik;
“darurat”
termasuklah peperangan, serangan, rusuhan, pemberontakan dan bencana awam sama ada yang sebenarnya atau yang dikhuatiri;
“gaji pokok” ertinya apa-apa emolumen bagi seseorang pegawai atau askar-lasykar yang ditetapkan dari semasa ke semasa sebagai gaji pokok bagi maksud Akta ini oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 157;
“harta awam” ertinya apa-apa harta sama ada harta alih atau tak alih kepunyaan mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau yang dipegang bagi maksud mana-mana jabatan itu;
“harta perkhidmatan” termasuklah harta kepunyaan sesuatu unit, institusi atau mes unit atau mana-mana organisasi tempatan yang
Akta Angkatan Tentera 19
bersamaan dengan Institut Tentera Laut, Tentera Darat dan Tentera
Udara Angkatan British;
“jagaan awam” ertinya mana-mana penjara, jel atau tempat lain di dalam Malaysia di mana pesalah yang dijatuhi hukuman oleh sesuatu mahkamah awam di dalam Malaysia boleh ditahan dengan sah dan, jika dijatuhi hukuman di luar Malaysia, apa-apa penjara, jel atau tempat lain di mana seseorang yang dijatuhi hukuman pemenjaraan selama suatu tempoh oleh mahkamah awam yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana hukuman itu telah dijatuhkan boleh ditahan sedemikian pada masa ini dengan sah;
“Kaedah-Kaedah Tatacara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 119;
“Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan” ertinya kaedah-kaedah berkenaan dengan lembaga siasatan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 147;
“Kaedah-Kaedah Pemenjaraan dan Tahanan” ertinya kaedah-kaedah berkenaan dengan pemenjaraan dan penahanan orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 137;
“kapal Seri Paduka Baginda” ertinya mana-mana kapal bertauliah bagi Tentera Laut Diraja Malaysia atau Simpanan Sukarela Tentera
Laut Diraja Malaysia dan mana-mana kapal yang bertugas dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda, sama ada kepunyaan Seri Paduka
Baginda atau tidak;
“kapal udara” ertinya apa-apa jentera untuk terbang, sama ada digerakkan dengan cara jentera atau tidak dan termasuklah apa-apa jenis belon;
“kapal udara Seri Paduka Baginda” ertinya apa-apa kapal udara dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda, sama ada kepunyaan Seri
Paduka Baginda atau tidak;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
“kerosakan” termasuklah kebinasaan, dan sebutan mengenai
“merosakkan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“kesalahan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 88(2);
“Ketua Perkhidmatan” ertinya Panglima Tentera Darat, Panglima
Tentera Laut atau Panglima Tentera Udara, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“mahkamah awam” ertinya sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa jenayah biasa tetapi tidak termasuk mana-mana mahkamah di luar Malaysia kecuali jika diperuntukkan dengan nyata selainnya;
“mahkamah tentera”, kecuali jika diperuntukkan dengan nyata selainnya, ertinya suatu mahkamah tentera di bawah Akta ini;
“Majlis Angkatan Tentera” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan;
“mencuri” ertinya melakukan kesalahan mencuri sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574];
“Menteri”
ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi pertahanan;
“musuh” termasuklah semua orang yang mengambil bahagian dalam gerakan bersenjata menentang mana-mana angkatan tentera Seri
Paduka Baginda atau mana-mana angkatan yang bekerjasama denganya dan juga termasuklah pendahagi bersenjata, penentang bersenjata, perusuh bersenjata dan lanun;
“pangkat” ertinya apa-apa jua jenis pangkat dan termasuklah rate;
“pangkat pemangku” ertinya apa-apa jenis pangkat (walau apa jua namanya dipanggil) yang penyandangnya boleh diperintahkan supaya diturunkan kepada pangkat asalnya oleh seseorang pegawai memerintah yang mempunyai kuasa di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 155; dan “pemangku pegawai waran”, “pemangku ketua
Akta Angkatan Tentera 21
pegawai kecil”, “pemangku pegawai tidak bertauliah” dan “pemangku pegawai kecil” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“pegawai” ertinya mana-mana orang yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai muda laut atau pegawai kadet yang telah dilantik kepada atau ditauliahkan dalam angkatan tentera dan
(tertakluk pada apa-apa penyesuaian dan ubah suaian sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau syarat perkhidmatan yang berhubungan dengan pelantikan, pinjaman atau pertugasan) mana-mana pegawai tentera laut, tentera darat atau tentera udara sesuatu negara asing yang telah dilantik, dipinjamkan atau ditugaskan dengan sewajarnya kepada angkatan tentera;
“pegawai atasan”, berhubung dengan mana-mana pegawai atau askar-lasykar lain, ertinya mana-mana pegawai atau askar-lasykar yang diberi kuasa untuk memberikan sesuatu perintah yang sah kepada pegawai atau askar-lasykar itu menurut Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau menurut kelaziman
Perkhidmatan;
“pegawai memerintah”, berhubung dengan mana-mana orang, ertinya pegawai, walau apa jua pangkatnya, yang secara langsung memerintah unit, kapal, stesen atau pasukan yang dalamnya dia berkhidmat atau bertugas;
“pegawai provos” ertinya provos marsyal atau pegawai provos yang dilantik untuk menjalankan fungsi yang diberikan oleh atau di bawah
Akta ini kepada pegawai provos;
“penangkapan”
termasuklah penangkapan terbuka dan penangkapan oleh pihak berkuasa awam;
“Perintah Majlis Angkatan Tentera” ertinya arahan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Angkatan Tentera menurut Akta ini;
“perkhidmatan” jika digunakan sebagai kata sifat, ertinya berada dalam atau berkaitan dengan angkatan tentera atau mana-mana bahagian angkatan tentera tersebut;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
“pihak berkuasa atasan yang berkenaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 101(2);
“pihak berkuasa yang layak” ertinya Majlis Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Majlis Angkatan Tentera bagi maksud itu;
“salah guna secara fraud” termasuklah, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu kesalahan pecah amanah jenayah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan dan perkataan “menyalahgunakan secara fraud” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“semboyan udara” ertinya apa-apa perutusan, semboyan atau tanda yang diberikan, dengan apa-apa cara jua, bagi panduan kapal udara atau sesuatu kapal udara tertentu;
“simpanan” ertinya Simpanan Angkatan Tetap yang ditubuhkan di bawah seksyen 189;
“tahanan gaji” ertinya mendapatkan, melalui potongan daripada gaji pesalah, sesuatu jumlah wang yang tertentu sebagai pampasan bagi apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh suatu kesalahan yang dilakukan terhadap Akta ini;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya suatu tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa berbagai-bagai peruntukan dan tarikh itu boleh lebih awal daripada tarikh Akta ini disiarkan.
Peruntukan mengenai perkhidmatan giat