Malaysia legislation

Section 87

of *AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

Seksyen 87

Kelakuan yang memudaratkan tatatertib perkhidmatan

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang bersalah kerana melakukan apa-apa perbuatan, kelakuan atau keabaian yang memudaratkan keadaan baik dan tatatertib perkhidmatan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.