Malaysia legislation
Section 3
of *AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962
Seksyen 3
Tiada peruntukan bagi melevi royalti atas, atau caj yang
Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport atas Bijih Besi) 7
seumpamanya berkenaan dengan, bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri (sama ada di bawah suatu pajakan atau surat cara lain atau di bawah mana-mana Enakmen Negeri, dan sama ada surat cara itu telah dibuat atau Enakmen itu diluluskan sebelum atau selepas seksyen ini mula berkuat kuasa) boleh berkuat kuasa selepas tarikh relevan kecuali—
(a)
dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, setakat mana yang diarahkan oleh Menteri (sama ada sebelum atau selepas tarikh relevan) bahawa peruntukan itu hendaklah berkuat kuasa;
(b)
dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa, jika Menteri telah menandakan kelulusannya secara bertulis mengenai peruntukan itu.
8
AKTA 395
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
9
AKTA 395
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─