Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(a)
jika pemegang lesen telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
jika pemegang lesen telah melanggar mana-mana syarat lesen;
Pelesenan Tenaga Atom 21
(c)
jika pemegang lesen berhenti menggunakan atau mengendalikan pepasangan nuklear yang berkenaan dengannya lesen itu telah dikeluarkan; atau
(d)
jika pada pendapat pihak berkuasa berkenaan adalah untuk kepentingan awam berbuat demikian.
(2)
Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, pihak berkuasa, berkenaan boleh, pada masa pembatalan atau penggantungan itu, atau dari semasa ke semasa selepas itu sepanjang baki tempoh yang jika tidak kerana pembatalan atau penggantungan itu lesen itu masih sah, memberi apa-apa arahan kepada pemegang lesen sebagaimana difikirkan perlu untuk kepentingan awam dan pemegang lesen hendaklah mematuhi semua arahan itu.
(3)
Pemegang lesen tidak boleh membuat apa-apa tuntutan atau berhak mendapat pampasan kerana apa-apa kerugian terhadap dirinya disebabkan oleh pembatalan atau penggantungan lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau yang disebabkan oleh keengganan membaharui lesen itu.
Pembaharuan lesen