Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
―ahli radiologi‖ ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang telah menerima latihan khas dan mempunyai pengetahuan khas
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
mengenai penggunaan atau pemakaian sinaran mengion bagi mendiagnosis apa-apa keadaan tubuh manusia;
―ahli radioterapi‖ ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang telah menerima latihan khas dan mempunyai pengetahuan khas mengenai penggunaan atau pemakaian sinaran mengion atau suatu bahan ditetapkan bagi maksud untuk merawat atau mengurangkan apa-apa keadaan tak normal tubuh manusia atau bagi apa-apa maksud lain yang memerlukan pengetahuan khas tersebut;
―Akta ini‖ termasuklah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa jua perkara lain yang dibuat di bawah Akta ini, atau di bawah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain seperti itu;
―alam sekeliling‖ hendaklah mempunyai erti yang diberi kepada ungkapan itu dalam seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
[Akta 127] dan, selain itu, hendaklah meliputi alam sekeliling marin;
―bahan api nuklear‖ ertinya apa-apa bahan yang boleh mengeluarkan tenaga melalui suatu proses pembelahan nuklear berantai topang, sama ada ianya sahaja atau bercampur dengan sesuatu bahan lain, dan meliputi bahan boleh belah dalam bentuk logam uranium, aloi atau sebatian kimia, atau apa-apa bahan lain sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa melalui perintah dalam Warta sebagai bahan api nuklear bagi maksud
Akta ini;
―bahan nuklear‖ ertinya bahan api nuklear atau bahan lain yang digunakan bagi membuat bahan api nuklear;
―bahan radioaktif‖ ertinya apa-apa bahan api nuklear, hasil radioaktif atau sisa radioaktif;
―ditetapkan‖ ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;
―doktor pergigian berdaftar‖, ―pengamal perubatan berdaftar‖, ―ahli farmasi berdaftar‖ dan ―doktor veterinar berdaftar‖ masing-masing ertinya doktor pergigian, pengamal perubatan, ahli farmasi dan doktor veterinar yang didaftarkan sebagai sedemikian mengikut
Pelesenan Tenaga Atom 9
peruntukan undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran orang tersebut;
―insiden nuklear‖ ertinya apa-apa kejadian atau sini kejadian daripada punca yang sama yang menyebabkan kerosakan nuklear;
―kenderaan’ termasuklah kapal, kereta api, kereta, pesawat udara, dan mana-mana cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barangan boleh dibawa;
―kerosakan nuklear‖ ertinya apa-apa kehilangan nyawa, kecederaan ke atas seseorang, kehilangan, kehilangan penggunaan, atau kerosakan kepada, harta, atau kehilangan, kehilangan penggunaan, atau kerosakan kepada, alam sekeliling yang berbangkit atau berakibat dari—
(a)
sifat radioaktif atau percampuran sifat-sifat radioaktif dengan sifat-sifat toksik, eksplosif atau sifat berbahaya lain akan bahan api nuklear atau keluaran radioaktif atau sisa radioaktif dalam, atau akan bahan nuklear yang datang dari, berasal di. atau dihantar ke, suatu pepasangan nuklear; atau
(b)
sinaran mengion yang dikeluarkan melalui apa-apa sumber sinaran lain di dalam suatu pepasangan nuklear;
―Lembaga‖ ertinya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
―orang‖
ertinya mana-mana individu, perkongsian, badan persendirian atau awam sama ada diperbadankan atau tidak, institusi atau organisasi, atau mana-mana badan, institusi atau organisasi antarabangsa yang menikmati taraf sebagai orang di sisi undang-undang di bawah undang-undang negara atau wilayah negara pepasangan nuklear itu terletak;
―pegawai kanan awam‖ ertinya mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis secara am atau khusus oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan kuasa di bawah Akta ini dan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan jika dia adalah pihak berkuasa berkenaan;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
―pemegang lesen‖ ertinya pemegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
―pengendali pepasangan‖ ertinya seorang yang dilesenkan di bawah
Akta ini oleh pihak berkuasa berkenaan sebagai pengendali pepasangan nuklear;
―pepasangan nuklear‖ ertinya―
(a)
mana-mana reaktor nuklear selain reaktor yang dilengkapkan kepada suatu alat pengangkutan laut atau alat pengangkutan udara untuk digunakan sebagai sumber kuasa, sama ada bagi maksud menggerakkannya atau bagi apa-apa maksud lain;
(b)
mana-mana kilang yang menggunakan bahan api nuklear untuk mengeluarkan bahan nuklear;
(c)
mana-mana kilang yang menggunakan bahan nuklear untuk mengeluarkan bahan api nuklear atau mana-mana kilang yang direka bentuk atau dipadankan untuk memproses bahan nuklear, termasuk memproses semula bahan api nuklear yang disinar; atau
(d)
mana-mana kemudahan di mana bahan nuklear diletakkan atau distorkan selain penstoran yang bersampingan dengan pengangkutan bahan itu:
Dengan syarat pihak berkuasa berkenaan boleh menetapkan bahawa beberapa pepasangan nuklear yang dikendalikan oleh seorang pengendali pepasangan yang terletak di tapak yang sama hendaklah dianggap sebagai satu pepasangan nuklear;
―peraturan-peraturan‖ ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
―pihak berkuasa berkenaan‖ ertinya—
(a)
Ketua Pengarah Kesihatan jika aktiviti yang akan dilesenkan atau dilesenkan di bawah Akta ini adalah berkenaan dengan maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga; atau
Pelesenan Tenaga Atom 11
(b)
Lembaga jika aktiviti yang akan dilesenkan atau dilesenkan di bawah Akta ini adalah berkenaan dengan suatu maksud selain maksud perubatan;
―radas penyinaran‖ ertinya radas yang boleh mengeluarkan smaran mengion;
―reaktor nuklear‖ ertinya apa-apa struktur yang mengandungi bahan api nuklear yang sebegitu tersusun hingga membolehkan proses pembelahan nuklear berantai topang berlaku di dalamnya tanpa tambahan sumber neutron;
―sinaran mengion‖ ertinya sinaran elektromagnet atau sinaran zarah yang boleh mengeluarkan pengionan dalam perjalanannya melalui jirim;
―sisa radioaktif‖ ertinya apa-apa sisa yang mengandungi kesemua atau sebahagian daripada—
(a)
benda atau barang yang jika ianya bukan sisa dikira bahan radioaktif; atau
(b)
benda atau barang yang telah tercemar semasa mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan dibuat, disimpan atau digunakan, atau telah tercemar dengan tersentuh atau berdekatan dengan apa-apa sisa lain dalam erti perenggan (a) takrif ini;
―tenaga atom‖ ertinya segala tenaga dari apa jua jenis yang terbit daripada atau diwujudkan dengan transmutasi atom;
―urusan‖, berhubungan dengan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penvinaran, ertinya apa-apa aktjviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang sedemikian itu yang dikilang diperdagang, dikeluar, diproses, dibeli, dipunyai, diguna, diangkut, dipindah, dikendali, dijual, distor, diimport atau dieksport.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 304