Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PELESENAN TENAGA ATOM 1984

Seksyen 3

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota lain, yang kesemua mereka hendaklah mempunyai kelayakan dalam bidang sains atau teknik yang relevan dengin tenaga atom atau lain cabang ilmu pengetahuan berkaitan dengannya. Antara anggota itu hendaklah terdapat, seorang wakil daripada Kementerian yang bertanggungjawab atas kesihatan dan seorang lagi daripada Kementerian yang bertanggungjawab atas perkara di bawah Akta ini.

(3)

Seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula.

(4)

Pelantikan mana-mana anggota Lembaga boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri tanpa memberi apa-apa sebab.

(5)

Seorang anggota Lembaga boleh dengan surat yang ditandatanganinya yang dialamatkan kepada Menteri meletakkan jawatannya dan perletakan jawatan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja ianya diterima oleh Menteri.

(6)

Anggota Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan kerja Lembaga sebagaimana ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Pengerusi Lembaga