Malaysia legislation

Section 58

of *AKTA PELESENAN TENAGA ATOM 1984

Seksyen 58

(2)

Walau apa pun undang-undang yang berlawanan dan bagi maksud menguatkuasakan langkah yang disebutkan dalam subseksyen (1), Lembaga boleh―

(a)

menghendaki mana-mana orang yang disyaki terdedah atau mungkin terdedah kepada sinaran mengion supaya diperiksa doktor oleh pihak berkuasa atau badan kompeten yang dilantik oleh Menteri;

(b)

menyebabkan mana-mana orang itu dibawa ke hospital atau ke tempat lain yang dikhaskan untuk merawat, mengesan atau memerhatikan apa-apa kerosakan nuklear kepada orang tersebut, dan menahan orang tersebut sehingga dia boleh dilepaskan tanpa mendatangkan bahaya kepada dirinya atau orang lain; atau

(c)

menyebabkan suatu pemeriksaan post-mortem dilakukan ke atas mana-mana mayat jika kematian disyaki telah disebabkan oleh suatu insiden nuklear atau pendedahan kepada sinaran mengion.

(3)

Mana-mana orang yang enggan, tidak atau cuai mematuhi pemeriksaan, rawatan, pengesanan atau pemerhatian di bawah seksyen ini atau enggan atau menghalang pemeriksaan post-mortem ke atas mayat, di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau denda tidak melebihi dua ratus ringgit atau kedua-duanya.

Pelesenan Tenaga Atom 41

Had liabiliti

Section 58 — ATOMIC ENERGY LICENSING ACT 1984 | mylaw.my