Malaysia legislation

Section 68

of *AKTA PELESENAN TENAGA ATOM 1984

Seksyen 68

Pelesenan Tenaga Atom 45

(a)

bagi mengawal, mengawasi dan melesen pengeluaran, pemakaian dan penggunaan tenaga atom; dan

(b)

bagi mengawal selia pengeluaran, pengimportan, pengeksportan, pengangkutan, penapisan, pemilikan, pemunyaan, penggunaan, penjualan atau pelupusan atau urusan lain mengenai apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran atau apa-apa benda lain yang pada pendapat Menteri boleh digunakan bagi pengeluaran, penggunaan atau pemakaian tenaga atom.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh juga dibuat bagi semua atau mana-mana maksud berikut—

(a)

membuat peruntukan bagi memastikan supaya apa-apa keluaran radioaktif atau sisa radioaktif dari mana-mana sumber ditumpuk atau dilupuskan dengan selamat;

(b)

menetapkan cara mengolah atau melupuskan mana-mana kenderaan, bungkusan atau bekas yang telah digunakan untuk mengangkut, mengisi atau menstor apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran atau sisa radioaktif;

(c)

menetapkan bagi maksud apakah mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran boleh digunakan dan memperuntukkan pengelasan lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(d)

melarang atau menyekat penggunaan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear tertentu atau benda ditetapkan, atau mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear tertentu

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 304

atau benda ditetapkan yang mengandungi kepekatan sesuatu unsur kimia radioaktif lebih daripada yang ditentukan;

(e)

melarang atau menyekat penggunaan mana-mana jenis radas penyinaran tertentu;

(f)

mematuhi pematuhan kepada standard yang berhubungan dengan penyukatan sinaran mengion;

(g)

mengawal selia keluaran preskripsi yang mengandungi apa-apa benda ditetapkan yang dibuat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;

(h)

mengawal selia pendispensaan dan pensebatian preskripsi yang mengandungi apa-apa benda ditetapkan yang dibuat oleh ahli farmasi yang berdaftar;

(i)

mengadakan peruntukan berkenaan dengan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran supaya membuat penyata mengenainya dan mengenai jenis dan kuantiti bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang ada;

(j)

mengadakan peruntukan mengenai penyimpanan rekod oleh pembeli bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran dengan menyebutkan bagi maksud apakah bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu digunakan, dan mengenai pemeriksaan rekod ini, dan mengenai pembuatan penyata dari catatan dalam rekod ini;

(k)

mengadakan peruntukan supaya rekod disimpan mengenai semua pemakaian sinaran mengion atau benda ditetapkan bagi maksud diagnosis atau terapeutik;

(l)

mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagi permohonan dan menetapkan borang permohonan, lesen, daftar, notis dan dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud Akta ini;

Pelesenan Tenaga Atom 47

(m)

menetapkan fi berkenaan dengan mana-mana lesen di bawah Akta ini atau bagi apa-apa perkara yang berkenaan dengannya fi boleh dikenakan di bawah Akta ini;

(n)

mengadakan peruntukan mengenai pengawalseliaan rayuan di bawah Bahagian VII; atau

(o)

menetapkan apa-apa perkara yang mungkin diperlukan bagi maksud Akta ini.

Pengecualian

Section 68 — ATOMIC ENERGY LICENSING ACT 1984 | mylaw.my