Jadual
JADUAL TANAMAN PADI MUSIM 02/2006
UNIT PENGAIRAN SEBERANG PERAK
Bil.
Aktiviti
1. Blok E1 1. Blok E2 1. Blok G
2. Blok F4
2. Blok F3
2. Pusat Benih 1.
Masuk air ke terusan raya 01.08.2006 01.08.2006 01.08.2006 2.
Masuk ke terusan cabang kanan 01.09.2006 01.09.2006 01.09.2006 3.
Masuk ke terusan cabang kiri
–
–
–
4.
Masuk air ke sawah I
04.09.2006 11.09.2006 18.09.2006 5.
Menabur benih 11.09.2006 18.09.2006 25.09.2006 6.
Buang air I
13.09.2006 20.09.2006 27.09.2006 7.
Masuk air ke sawah II
23.09.2006 30.09.2006 07.10.2006 8.
Buang air II
20.12.2006 27.12.2006 03.01.2007 9.
Menuai 30.12.2006 06.01.2007 13.01.2007
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
1256
[14hb Sept. 2006
ARAHAN KEPADA PENANAM PADI
1.
Tarikh-tarikh di atas hendaklah diikuti oleh tiap-tiap penanam padi bagi menjauhkan serangan-serangan dan musuh tanaman.
2.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah membina, membaiki dan membuat batas-batas dengan tanah yang boleh menakung air dengan secukupnya di dalam bendang.
3.
Tiap-tiap bendang atau penanam padi hendaklah membersihkan saluran-saluran air setiap masa hingga masa mengetam sebagaimana diarahkan.
4.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah sepanjang masa membunuh tikus-tikus dan lain-lain musuh tanaman serta membersihkan segala semak-semak yang berdekatan dengan ladang.
5.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah menggunakan baja yang diakui oleh
Jabatan Pertanian dengan cara menggunakannya seperti yang dinasihatkan oleh Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pertanian.
6.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah mematuhi arahan-arahan di atas dan jika didapati penanam-penanam padi tiada menjalankan kerja-kerja yang dijadualkan di atas dengan memuaskan hati dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh yang tersebut, maka penanam padi itu boleh didakwa dalam
Mahkamah mengikut seksyen 37 Peraturan Tanah Negeri Perak 1966, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM100.
00. Jika dapat dibuktikan bahawa kecuaian ini menyebabkan kerosakan kepada tuan-tuan tanah yang berhampiran dengan ini boleh dinaikkan sehingga
RM200.
00.
Bertarikh 14 Ogos 2006
[PTSI. 10/03-00-23/90 Jld. 4 (08)]
AHMAD KAMARUZZAMAN HAMZAH
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah)
Perak Tengah, Seri Iskandar
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
14hb Sept. 2006]
1257
PENYIARAN NOTIS
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1989