Jadual
JADUAL TANAMAN PADI MUSIM 1/2001
OLEH JPS SEBERANG PERAK
Bil.
Aktiviti
Blok E
Blok F
Blok G
Pusat Benih 1.
Masuk air ke taliair 24-01-2001 01-02-2001 01-02-2001 15-01-2001
utama 2.
Masuk air ke sawah 06-02-2001 14-02-2001 14-02-2001 28-01-2001 3.
Menabur benih 20-02-2001 18-02-2001 28-02-2001 11-02-2001 4.
Membuang air 25-05-2001 30-05-2001 02-06-2001 16-05-2001 5.
Menuai 14-06-2001 19-06-2001 22-06-2001 05-06-2001
ARAHAN KEPADA PENANAM PADI
1.
Tarikh-tarikh di atas hendaklah diikuti oleh tiap-tiap penanam padi bagi menjauhkan serangan-serangan dan musuh tanaman.
2.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah membina, membaiki dan membuat batas-batas dengan tanah yang boleh menakung air dengan secukupnya di dalam bendang.
3.
Tiap-tiap bendang atau penanam padi hendaklah membersihkan saluran-saluran air setiap masa hingga masa mengetam sebagaimana diarahkan.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
326
[12hb April 2001 4.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah sepanjang masa membunuh tikus-tikus dan lain-lain musuh tanaman serta membersihkan segala semak-semak yang berdekatan dengan ladang.
5.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah menggunakan baja yang diakui oleh
Jabatan Pertanian dengan cara menggunakannya seperti yang dinasihatkan oleh Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pertanian.
6.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah mematuhi arahan-arahan di atas dan jika didapati penanam-penanam padi tiada menjalankan kerja-kerja yang dijadualkan di atas dengan memuaskan hati dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh yang tesebut, maka penanam padi itu boleh didakwa dalam
Mahkamah mengikut Seksyen 37 Peraturan Tanah Negeri Perak 1966, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM100.
00. Jika dapat dibuktikan bahawa kecuaian ini menyebabkan kerosakan kepada tuan-tuan tanah yang berhampiran dengan ini boleh dinaikkan sehingga
RM200.
00.
Bertarikh 13 Mac 2001.
[PTP. 10/03-00-23/90 Jld. II (Bil. 54).]
MANSHOR BIN YAHYA
Penolong Pegawai Daerah (Tanah), b.p. Pentadbir Tanah,
Perak Tengah
Seri Iskandar