Jadual
JADUAL TANAMAN PADI MUSIM 2/2001
FELCRA SEBERANG PERAK
Bil
Aktiviti
Blok E
Blok F
Blok G
Pusat Benih 1.
Masuk Air ke Taliair Utama 20-07-01 20-07-01 20-07-01 20-07-01 2.
Masuk Air ke Sawah 25-07-01 25-07-01 25-07-01 20-07-01 3.
Menabur Benih 01-08-01 05-08-01 05-08-01 25-07-01 4.
Membuang Air 14-11-01 20-11-01 20-11-01 11-11-01 5.
Menuai 20-11-01 25-11-01 25-11-01 19-11-01
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
16hb Ogos 2001]
655
ARAHAN KEPADA PENANAM PADI
1.
Tarikh-tarikh di atas hendaklah diikuti oleh tiap-tiap penanam padi bagi menjauhkan serangan-serangan dan musuh tanaman.
2.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah membina, membaiki dan membuat batas-batas dengan tanah yang boleh menakung air dengan secukupnya di dalam bendang.
3.
Tiap-tiap bendang atau penanam padi hendaklah membersihkan saluran-saluran air setiap masa hingga masa mengetam sebagaimana diarahkan.
4.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah sepanjang masa membunuh tikus-tikus dan lain-lain musuh tanaman serta membersihkan segala semak-semak yang berdekatan dengan ladang.
5.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah menggunakan baja yang diakui oleh
Jabatan Pertanian dengan cara menggunakannya seperti yang dinasihatkan oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian.
6.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah mematuhi arahan-arahan di atas dan jika didapati penanam-penanam padi tiada menjalankan kerja-kerja yang dijadualkan di atas dengan memuaskan hati dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh yang tersebut, maka penanam padi itu boleh didakwa dalam
Mahkamah mengikut Seksyen 37 Peraturan Tanah Negeri Perak 1966, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM100.
00. Jika dapat dibuktikan bahawa kecuaian ini menyebabkan kerosakan kepada tuan-tuan tanah yang berhampiran dengan ini boleh dinaikkan sehingga
RM200.
00.
Bertarikh pada 14 Julai 2001.
[PTP. 10/03-00-23/90 Jld. III (Bil. 1).]
MANSOR BIN YAHYA,
Penolong Pegawai Daerah (Tanah), b.p. Pentadbir Tanah,
Perak Tengah,
Seri Iskandar
CAWANGAN IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Hakcipta Pencetak H