/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn0017y2001/no-567

Bahawasanya mengikut Fasal 35 Peraturan Tanah Perak 1966 inilah diberitahu

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Bahawasanya mengikut Fasal 35 Peraturan Tanah Perak 1966 inilah diberitahu is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 567, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya mengikut Fasal 35 Peraturan Tanah Perak 1966 inilah diberitahu tuan-tuan atau orang-orang yang memakai bendang dalam kawasan Blok E, Blok F, Blok G dan Pusat Benih Seberang Perak dalam Daerah Perak Tengah, tarikh-tarikh bagi memulakan kerja-kerja yang dinyatakan di bawah ini bagi menanam musim 2/2001.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAMAN PADI MUSIM 2/2001

FELCRA SEBERANG PERAK

Bil

Aktiviti

Blok E

Blok F

Blok G

Pusat Benih 1.

Masuk Air ke Taliair Utama 20-07-01 20-07-01 20-07-01 20-07-01 2.

Masuk Air ke Sawah 25-07-01 25-07-01 25-07-01 20-07-01 3.

Menabur Benih 01-08-01 05-08-01 05-08-01 25-07-01 4.

Membuang Air 14-11-01 20-11-01 20-11-01 11-11-01 5.

Menuai 20-11-01 25-11-01 25-11-01 19-11-01

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

16hb Ogos 2001]

655

ARAHAN KEPADA PENANAM PADI

1.

Tarikh-tarikh di atas hendaklah diikuti oleh tiap-tiap penanam padi bagi menjauhkan serangan-serangan dan musuh tanaman.

2.

Tiap-tiap penanam padi hendaklah membina, membaiki dan membuat batas-batas dengan tanah yang boleh menakung air dengan secukupnya di dalam bendang.

3.

Tiap-tiap bendang atau penanam padi hendaklah membersihkan saluran-saluran air setiap masa hingga masa mengetam sebagaimana diarahkan.

4.

Tiap-tiap penanam padi hendaklah sepanjang masa membunuh tikus-tikus dan lain-lain musuh tanaman serta membersihkan segala semak-semak yang berdekatan dengan ladang.

5.

Tiap-tiap penanam padi hendaklah menggunakan baja yang diakui oleh

Jabatan Pertanian dengan cara menggunakannya seperti yang dinasihatkan oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian.

6.

Tiap-tiap penanam padi hendaklah mematuhi arahan-arahan di atas dan jika didapati penanam-penanam padi tiada menjalankan kerja-kerja yang dijadualkan di atas dengan memuaskan hati dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh yang tersebut, maka penanam padi itu boleh didakwa dalam

Mahkamah mengikut Seksyen 37 Peraturan Tanah Negeri Perak 1966, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM100.

00. Jika dapat dibuktikan bahawa kecuaian ini menyebabkan kerosakan kepada tuan-tuan tanah yang berhampiran dengan ini boleh dinaikkan sehingga

RM200.

00.

Bertarikh pada 14 Julai 2001.

[PTP. 10/03-00-23/90 Jld. III (Bil. 1).]

MANSOR BIN YAHYA,

Penolong Pegawai Daerah (Tanah), b.p. Pentadbir Tanah,

Perak Tengah,

Seri Iskandar

CAWANGAN IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

Hakcipta Pencetak H

Bahawasanya mengikut Fasal 35 Peraturan Tanah Perak 1966 inilah diberitahu (No. 567)