Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (PERUNTUKAN KHAS) 1978

Seksyen 3

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa—

(a)

Lembaga yang dahulu hendaklah terhenti menjalankan kuasanya dan menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya berhubung dengan

Bank dan hendaklah terbubar;

(b)

peruntukan Akta ini hendaklah terpakai berhubung dengan

Bank;

(c)

walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta

Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau undang-undang kecil Bank, hak ahli atau pemegang syer Bank untuk memilih atau memecat pengarah Bank hendaklah terhenti dijalankan;

(d)

pengarah Bank yang memegang jawatan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti memegang apa-apa jawatan dalam Bank atau dalam mana-mana subsidiarinya;

(e)

jawatankuasa eksekutif Bank yang dilantik di bawah undang-undang kecil

Bank hendaklah terhenti menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang kecil itu dan hendaklah terbubar;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 202

(f)

pada menjalankan apa-apa kuasa berhubung dengan Bank di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau di bawah undang-undang kecil Bank, Suruhanjaya hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri dan hendaklah mematuhi dan menguatkuasakan apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri;

(g)

walau apa pun perenggan (f), Menteri boleh menjalankan apa-apa fungsi atau kuasa yang diberikan kepada

Suruhanjaya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau di bawah undang-undang kecil Bank, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian;

(h)

Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, dari semasa ke semasa mengarahkan bahawa apa-apa fungsi, kuasa, atau kewajipan yang boleh dijalankan oleh mesyuarat agung Bank tidak boleh dijalankan oleh mesyuarat agung itu, atau bahawa fungsi, kuasa atau kewajipan itu hendaklah dijalankan tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri

Kewangan, atau bahawa fungsi, kuasa atau kewajipan itu, sebaliknya, hendaklah dijalankan, dengan persetujuan

Menteri Kewangan, olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa lain yang dinyatakannya;

(i)

Bank, selain daripada tertakluk kepada Akta ini, hendaklah terus tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, dan undang-undang kecil Bank, tetapi jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan

Akta ini dengan peruntukan Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, atau undang-undang kecil

Bank, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 11

Section 3 — BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (SPECIAL PROVISIONS) ACT 1978