Malaysia legislation
Section 11A
Seksyen 11A
(2)
Lembaga boleh memilih seseorang anggota Lembaga untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
(3)
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkandi bawah subseksyen (1).
(4)
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
(5)
Lembaga boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(6)
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.
(7)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(8)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Penzahiran kepentingan pengarah mengenai kontrak, dll.