Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974

Seksyen 15

(2)

Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah, menurut kuasa subseksyen (1), menjadi seorang pegawai atau pekerja Bank boleh tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan memilih secara bertulis sama ada hendak meneruskan perkhidmatan dengan Bank atau kembali kepada perkhidmatan awam; dan jika dia memilih untuk kembali kepada perkhidmatan awam, dia hendaklah dengan itu kembali kepada perkhidmatan itu mengikut terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatannya jika dia tidak menjadi seorang pegawai atau pekerja Bank menurut kuasa subseksyen (1); dan perkhidmatannya dengan Bank hendaklah disifatkan sebagai perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.

(3)

Seseorang anggota perkhidmatan awam yang kembali kepada perkhidmatan awam di bawah subseksyen (2) boleh, oleh sebab kekosongan tidak ada dengan serta-merta untuknya dalam perkhidmatan awam, dikehendaki oleh Kerajaan, dan Bank hendaklah membenarkannya, terus lagi berkhidmat dengan Bank selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun.

(4)

Pada menentukan sama ada terma dan syarat perkhidmatan kurang atau tidak kurang baiknya, sebagaimana yang disebut terdahulu, perhatian

Bank Simpanan Nasional 23

hendaklah diberi kepada gaji, syarat berhubung dengan penamatan perkhidmatan, faedah persaraan, rawatan perubatan, rumah kediaman, elaun, cuti dan tambang ke luar negeri (jika ada) bagi dirinya dan keluarganya dan apa-apa faedah lain sama ada diperuntukkan bagi dirinya atau balunya atau orang tanggungannya.

(5)

Sesuatu soal yang timbul mengenai sama ada sesuatu terma dan syarat perkhidmatan kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (2) hendaklah dirujukkan kepada Menteri dan keputusannya mengenai hal itu muktamad.

Kemudahan bagi kakitangan

Section 15 — BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 | mylaw.my