Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Gerenti Kerajaan
Pembayaran balik semua wang yang didepositkan ke dalam Bank bersama dengan bunganya digerenti oleh Kerajaan dan jika sekiranya aset
Bank tidak mencukupi untuk membayar tuntutan yang sah di sisi undang-undang daripada tiap-tiap pendeposit, kekurangan itu hendaklah dipertanggungkan kepada dan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan dan Menteri hendaklah membuat suatu perakuan mengenai kekurangan itu kepada Dewan Rakyat dengan seberapa awal yang mungkin.