Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Pada penghujung tiap satu tahun kewangan, keuntungan bersih Bank bagi tahun itu hendaklah ditentukan selepas mengambil kira belanja pengendalian dan selepas membuat peruntukan bagi hutang lapuk dan ragu, susut nilai aset, caruman kepada kumpulan wang simpanan atau pencen kakitangan dan apa-apa luar jangkaan lain yang biasanya diperuntukkan oleh bank.
(3)
Keuntungan bersih yang ditentukan di bawah subseksyen (2)
hendaklah diuruskan seperti berikut:
(a)
apa-apa bahagian yang diarahkan oleh Lembaga hendaklah diletakkan pada kredit Kumpulan Wang Rizab Am; dan
(b)
apa-apa lebihan hendaklah dibawa ke dalam akaun untung-rugi bagi tahun kewangan berikutnya.
(4)
Lembaga boleh menguntukkan apa-apa bahagian Kumpulan Wang
Rizab Am yang perlu bagi maksud—
(a)
menampung kerugian yang timbul daripada apa-apa penilaian semula atau pelupusan aset;
(b)
menyenggara pembayaran bunga dengan kadar yang berpatutan ke atas deposit dalam Bank;
(c)
menjalankan urusan am Bank; dan 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
(d)
apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri sesuai dengan tujuan Akta ini.
Akaun untung rugi, kunci kira-kira dan laporan tahunan