Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Khususnya, dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu boleh dibuat berhubung dengan—
(a)
pengendalian skim untuk simpanan dengan Bank;
(b)
peruntukan pinjaman dan pendahuluan bagi maksud perumahan dan maksud tertentu yang lain;
(c)
pelaburan wang Bank;
(d)
pengendalian perkhidmatan giro; dan
(e)
pengeluaran dan penganjuran sijil simpanan premium dan hal mengadakan, menganjurkan, merancang dan mentadbirkan cabutan yang berkenaan dengannya:
Dengan syarat bahawa kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan dasar memerlukan kelulusan Menteri.
Kerahsiaan