Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Penahanan deposit
(2)
, tiada sesuatu deposit dalam Bank, dan tiada sesuatu bunga atas sesuatu deposit itu, boleh ditahan, diasingkan atau dilevi untuk atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang atau tuntutan.
(2)
Atas notis mengenai sesuatu tuntutan di bawah sesuatu penghakiman mana-mana mahkamah, sah di sisi undang-undang bagi Ketua Eksekutif mengikut budi bicaranya untuk menyimpan dalam akaun suatu jumlah wang yang cukup untuk menjelaskan tuntutan itu dan untuk membayar kepada mahkamah atas perintahnya amaun tuntutan itu atau sebahagian daripadanya;
tetapi sesuatu mahkamah hendaklah membuat sesuatu perintah di bawah seksyen ini hanya jika mahkamah itu berpuas hati bahawa penghutang penghakiman mempunyai suatu akaun dengan Bank semata-mata bagi faedahnya sendiri.
Kuasa untuk mentadbirkan sumpah