Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974

Seksyen 38

Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini

Semua perkara yang dibuat oleh seseorang atau pihak berkuasa bagi pihak Bank sebagai persediaan bagi dan ke arah pelaksanaan yang sempurna mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, dalam menjangkakan perisytiharan Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan oleh Akta ini; dan semua hak dan tanggungan yang diperoleh atau dikenakan bagi pihak Bank daripada apa-apa perkara yang dibuat sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila mula berkuat kuasanya Akta ini disifatkan sebagai hak dan tanggungan Bank.

Section 38 — BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 | mylaw.my