Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(2)
Semua perundangan kecil yang berkuat kuasa sebaik sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan yang dibuat di bawah Akta 1948 hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terus lagi berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah telah dibuat di bawah Akta ini, dan boleh dipinda atau dimansuhkan dengan peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3)
Semua deposit yang dibuat dan semua catatan dalam buku pendeposit, dan semua wang yang dilaburkan dalam sekuriti yang masih lagi belum dijual pada tarikh yang ditetapkan dan semua urusan lain yang ditransaksikan di bawah Akta 1948 hendaklah, setakat yang bersesuaian dengan Akta ini, disifatkan sebagai deposit dan catatan yang dibuat, wang yang dilaburkan dan urusan yang ditransaksikan di bawah Akta ini.
Pindah hakmilik tanah dan harta