Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Bagi maksud menjalankan tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 4,
Bank boleh—
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
(a)
menerima sebagai deposit daripada pelanggannya atau memungut bagi pihak mereka wang yang boleh dibayar balik sama ada atas permintaan atau selainnya;
(b)
memberikan pinjaman dan pendahuluan kepada, atau memberikan gerenti bagi faedah, pendeposit dan pelanggannya yang lain bagi maksud perumahan dan apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan membuat perjanjian bagi maksud ini;
(c)
melabur dalam sekuriti Kerajaan atau Kerajaan mana-mana
Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam atau dalam sekuriti lain bagi maksud yang sesuai dengan tujuannya;
(d)
menggalakkan pembentukan sesuatu syarikat perbadanan atau mengambil bahagian dalam menggalakkan sesuatu syarikat itu atau memperoleh sesuatu pengusahaan atau sebahagian daripadanya;
(e)
memperoleh tanah dan harta bagi atau berhubung dengan penjalanan kuasanya, dan memajukan tanah dan harta itu;
(f)
melupuskan atau memajakkan atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenai kesemua atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan atau hartanya;
(g)
mengadakan dan menjalankan perkhidmatan giro;
(h)
menerima sekuriti dan barang berharga yang lain daripada pelanggan untuk disimpan dengan selamat;
(i)
melevi sesuatu bayaran bagi apa-apa perkhidmatan yang diberi olehnya;
(j)
menyenggara akaun dengan Kerajaan, Kerajaan mana-mana
Negeri, bank dan institusi kewangan yang lain;
(k)
membuka cawangan dan melantik ejen atau koresponden;
(l)
mengendalikan skim bagi mengeluarkan dan menganjurkan sijil simpanan premium yang boleh ditebus sama ada apabila dikehendaki atau selainnya dan, walau apa pun peruntukan
Bank Simpanan Nasional 11
mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, mengadakan, menganjurkan, merancang dan mentadbirkan cabutan untuk mengawardkan pembayaran bonus kepada pemegang sijil simpanan premium yang dikeluarkan;
(la) mengadakan, mengendalikan dan menguruskan apa-apa produk atau perkhidmatan lain yang perlu bagi maksud mencapai tujuan Bank dan mengenakan caj bagi produk dan perkhidmatan sedemikian; dan
(m)
menjalankan urusan am sesuatu bank simpanan dan membuat segala perkara lain yang bersampingan dengan atau yang berfaedah kepada pencapaian tujuannya.